WeLcOmE 2 ReWoP bLoG

Thankz 4 visit and reads my blog. Hope u all can join my blog.

Thursday, 19 May 2011

Syukur 21


Filem Syukur 21 ini berunsur futuristik dan berlatarbelakangkan tahun 2021. Ia mengisahkan kehidupan manusia yang aman, harmoni dan penuh ketenangan tanpa adanya jenayah pada tahun 2021. Kamal yang berusia 50-an dan bermastautin di Amerika Syarikat selama 30 tahun menjalani hidup yang serba mewah dan bersikap mementingkan kebendaan. Dia tidak dapat mempertahankan kerukunan rumah tangga. Kamal yang pakar dalam multimedia itu ditugaskan ke Malaysia untuk mengatur beberapa program di Raudah, sebuah organisasi yang serba lengkap dengan kemudahan dan teknologi dan sistem pentadbiran yang diasaskan oleh Raihan. Di dalam Raudah meliputi kawasan perumahan, rekreasi, kompleks perniagaan dan sebuah akademi. Kamal mendapati tamadun Malaysia telah berubah termasuk penggunaan teknologi serba canggih serta melihat kerukunan hidup yang dijalani. Raudah juga menjadi tempat memulihkan moral manusia supaya menjadi insan yang lebih berakhlak dan tidak mementingkan kebendaan. Kamal juga bertemu dengan ibunya yang bekerja sebagai sukarelawan di Raudah semasa bertugas di situ. Anaknya Daniel juga berkhidmat di situ.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9

Soal Hati

Soal Hati mengisahkan cinta antara Daniel seorang yang berpelajaran tinggi dan memiliki segalanya dengan seorang jurujual, Nurul Ain. Daniel jatuh cinta pandang pertama ketika terlanggar Ain. Untuk memikat, Daniel memperkenalkan diri sebagai Ahmad kerana tidak mahu kedudukannya bakal menjauhkan Ain daripadanya. Ain merasa dirinya tertipu apabila mengetahui Daniel anak seorang kaya. Daniel terpaksa memujuk semula Ain kerana dia masih mencintai wanita itu.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9

Lagi -Lagi Senario


Wahid menjadi mangsa kegawatan ekonomi apabila restoran eksklusif tempat dia bekerja menguncupkan tenaga kerja. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjaya lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee. Yassin dan Saiful, turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan, membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian.Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12


Leftenan Adnan


Filem Leftenan Adnan adalah mengenai perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini ditayangkan semasa Hari Kemerdekaan Malaysia. Azri Iskandar tersingkir daripada memegang watak Leftenan Adnan dan tempatnya diganti oleh Hairie Othman. Azri telah melakonkan 12 babak yang terpaksa dilakonkan semula oleh Hairie.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10 
Part 11
Part 12
Part 13

Anakku Sazali



Hassan ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan dengan Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke  Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah. Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka. Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu.




Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13